Thursday, 10 November 2011

DAH KE BELUM

 Pada suatu malam di sebuah asrama di sebuah sekolah.Aku bersama beberapa orang kawan aku tidak pulang ke kampung pada minggu itu.Ketika aku sedang enak dibuai mimpi seorang kawan aku mengejutkan aku dan meminta aku menemaninya ke tandas kerana dia hendak buang air besar.Pada mulanya aku enggan tetapi setelah   beberapa kali dipujuk akhirnya aku terpaksa mengikutnya.

 Ahmad:Kau tunggu aku dalam masa 10 minit boleh?
Aku     :Kenapa lama sangat? 5 minit cukup la
Ahmad:ok..kau tunggu aku erk..
Aku    :ok...cepat sikit...jangan lama sangat..

 Setelah 5 minit menunggu Ahmad masih belum keluar...

Aku:Apa lama sangat ni?dah ke belum?
Ahmad:Belum

1minit kemudian aku bertanya lagi...

Aku:dah ke belum?

Ahmad dengan suara yang menakutkan menjawab..

Ahmad:belum...

 Setelah mendengar suara Ahmad yang menakutkan itu aku dah mula rasa tak enak.Tetapi aku tetap menunggu kerana aku rasa Ahmad hanya bergurau dengan aku.Tetapi apabila aku mengulangi soalan yang sama jawapan yang aku terima juga sama tetapi suara lebih mengerikan.Akhirnya aku mengambil keputusan untuk balik ke bilik kerana aku mengesyaki bahawa yang di dalam tandas itu bukan Ahmad tetapi hantu.Setibanya aku di bilik aku terus membaringkan tubuhku yang ketakutan ini lalu aku tutup tubuhku dengan selimut dan aku kembali dibuai mimpi.

 Keesokkan harinya Ahmad menyoalku mengapa aku meninggalkannya sendirian didalam tandas semalam aku memberitahunya bahawa aku terdengar suara yang mengerikan dan Ahmad mengatakan bahawa itu suaranya yang sedang meneran t**k...hahahaha....

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Kangar, Perlis, Malaysia
my parent call me Afif.I was born on 30th august 1995.I'm still study at Alor Setar Technical Secondary School..